Monday, 29 April 2013

Satu hari di Bollywood Veggies

              Cuaca pada hari itu panas terik.Apabila sudah sampai di Bollywood Veggies,ada beberapa tumbuhan-tumbuhan di luar situ.Sebelum kita pergi ke dalam,kita dapat bermakan dahulu.Kami diberi makanan kek pisang.Ia sangat sedap.

              Selepas itu,baru kita pergi melawat tumbuhan-tumbuhan di situ.Ada seseorang pelancongan panduan yang membimbing kita.Di situ saya ternampak sebuah pokok pisang .Ia agak tinggi dan lembut.
Pisangnya belum tumbuh lagi.Mereka telah mengambil pisang -pisang yang dari pokok itu untuk membuat kek pisang.
              Saya berasa berpuluh sambil berjalan ke arah pokok itu.Itu pokok betik.Buahnya masih berwarna hijau.Ia tidak boleh dimakan dahulu.Kita harus tunggunya berwarna kuning baru boleh makan buahnya.Buah betik ini kaya dengan vitamin c dan mempunyai kandungan serta yang tinggi.


              Kita terus berjalan lalu kehausan.Saya meminun air saya dan mengambil gambar pokok itu .Di depan saya ada beberapa nanas yang bertumbuh.Ia ada 30 atau lebih daun yang panjang,berujung tajam dan tersusun mengedepankan.Rasanya masam dan manis.


Selepas itu,kita melawat lidah buaya.Daunya tajam di tepinya.Ia digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka,ruam,deman dan gatal-gatal.
Cuacanya semakin panas.Saya berasa penat dan haus.Saya berjalan lembat-lembat ke pokok itu..Itu ialah sebuah pokok berlimbing besi.Ada banyak buah-buah di pokok itu.Buahnya berasa masam dan manis.Ia berbentuk seperti bintang.

Selepas melawat tumbuhan-tumbuhan di situ,saya mengambil gambar-gambar dengan kawan-kawan saya.Saya berasa sangat gembira tetapi penat kerana cuacanya panas.

Ini hari saya di Bollywood Veggies.Saya harap untuk melawatnya sekali lagi.



250 patah perkataan